Rabu, 20 April 2016

Prosa Lama : Hikayat Bayan Budiman dan Makanan Khas: Tauco

Prosa Lama

Prosa lama merupakan karya sastra yang belum mendapat pengaruh dari sastra atau kebudayaan barat. Karya sastra prosa lama yang mula-mula timbul disampaikan secara lisan, disebabkan karena belum dikenalnya bentuk tulisan. Setelah agama dan kebudayaan Islam masuk ke indonesia, masyarakat menjadi akrab dengan tulisan, bentuk tulisan pun mulai banyak dikenal. Sejak itulah sastra tulisan mulai dikenal dan sejak itu pulalah babak-babak sastra pertama dalam rentetan sastra indonesia mulai ada.

Bentuk prosa lama adalah:
  • Hikayat
  • Sejarah
  • Kisah
  • Dongeng
    • Fabel
    • Mite (Mitos)
    • Legenda
    • Sage
    • Dongeng Jenaka
  • Cerita Berbingkai

Bentuk prosa baru adalah:
  • Roman
  • Novel
  • Cerpen
  • Riwayat
  • Kritik
  • Resensi
  • Esai
Prosa cerita berbingkai :
 Hikayat Bayan Budiman

Sinopsis:
Seorang saudagar bernama Khoja Maimun dengan istrinya yang amat cantik Bibi Zainab nama-nya, serta dua ekor burung, yaitu seekor burung tiung dan seekor lagi burung bayan.

Pada suatu masa Khoja Maimun telah pergi ke sebuah negeri lain kerana berniaga; isterinya ditinggalkannya ber¬sama-sama dengan kedua ekor burung itu. Sepeninggalan Khoja Maimun pergi berniaga ke negeri lain itu, maka ter¬sebutlah kisah pada suatu hari tatkala Putera Mahkota negeri itu sedang berangkat mengedari kota, tiba-tiba terpandanglah ia kepada wajah isteri Khoja Maimun yang cantik itu; maka terikatlah rasa cinta berahi antara kedua pihak. Putera Mahkota ingin bertemu muka dan bercumbu-cumbuan dengan isteri saudagar itu lalu dimintanyalah supaya perempuan itu datang keistananya pada waktu malam.

Sesungguhnya, bahawa kewajiban dan kehormatan tidak ada makananya di sisi seseorang yang diharu nafsu berahi, maka demikianlah halnya pada suatu malam isteri Khoja Maimun itu pun berhias diri dengan tujuan akan pergi; tetapi terlebih dahulu ia telah mendapatkan burung tiung bertanyakan fikiran sambil menyatakan maksudnya itu lalu burung tiung memberi nasihat serta mengingatkan perempuan itu dengan cara berterus terang.

Sesudah isteri Khoja Maimun mendengar kata tiung maka ia pun terlalulah marah, katanya, "Kerana (laknat) bagimu! Tiada engkau tahu akan hal hati orang berahi? Kusangkakan engkau ada menaruh timbang rasa, kerana sama perempuan." Maka disentakkannya tiung itu dari dalam sangkarannya lalu dihempaskannya ke bumi. Maka tiong itu pun matilah.

Setelah dilihat oleh bayan kelakuan Bibi Zainab membunuh tiung itu tiada dengan semena-menanya, maka ia pun mendiamkan dirinya, pura-pura tidur. Maka Bibi Zainab pergilah mendapatkan bayan serta dibangunkannya. Maka bayan pun pura-pura terkejut, seraya katanya, "Apakah pekerjaan tuan datang kemari dengan malam kelam ini?"

Pada itu bayan pun mencari akal bagi menahan istri tuannya daripada melajakkan niatnya yang cemar itu dengan tidak mencela-cela perbuatannya, melainkan dengan jalan bercerita. Maka lekalah isteri Khoja Maimun mendengar cerita bayan yang amat menarik hatinya itu, hingga tiada jadi ia pergi. Cerita-cerita itu pula makin lama semakin banyak mengalirkan kias nasihat yang halus dan dalam ertinya, terutama sekali mengenai: kaum perempuan.

Demikianah halnya setiap malam-malam bersambut pagi bayan menghabiskan sebanyak tujuh puluh ceritanya dalam 70 malam. Segala isi cerita-cerita itu memberi insaf kepada isteri Khoja Maimun, sehingga pulihlah semula rasa setianya kepada suaminya dan lenyaplah segala niat hatinya hendak melakukan perbuatan cemar itu sampai suaminya kembali.

Referensi:
Hikayat Bayan Budiman merupakan salah satu manuskrip tulisan tangan Melayu yang ditulis dalam bahasa Melayu. Teks terawal diterjemahkan oleh Kadi Hassan pada 773 H (1371 M), yang menurut MCP, mengandungi 69,761 patah perkataan. Hikayat Bayan Budiman merupakan satu hikayat yang telah mengalami perjalanan yang panjang baru sampai ke bahasa Melayu, iaitu pada tahun 1600 M. Cerita ini pada mulanya merupakan sebuah hikayat tua Hindu yang bernama Sukasaptati (Cerita-Cerita Bayan). Cerita ini disalin dengan beberapa pengubahsuaian ke bahasa Parsi dengan nama yang baru, iaitu Tuti Nameh oleh Nakhshabi. Terjemahannya yang lain terdapat juga dalam bahasa Turki dan bahasa Hindustan.

Sukasaptati ini masuk ke alam Melayu mula-mula merupakan terjemahan dalam bahasa Jawa, Bugis, dan Makasar. Terjemahannya dalam bahasa Melayu merupakan salinan daripada riwayat terdahulu. Dipercayai terjemahan hikayat ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu oleh Kadi Hassan pada 773 AH (1371 M) pada zaman Kerajaan Melayu Melaka. Namun, naskhah yang dianggap lengkap barulah ditemui bertarikh 1600 M. Salinan hikayat ini dalam bahasa Melayu mempunyai pelbagai tajuk seperti:- Hikayat Bayan Budiman, Hikayat Khoja Maimun, Hikayat Khoja Mubarrak, dan Cerita Taifah dalam tulisan Jawi.

Cerita Bayan ini terkenal ke beberapa buah negeri, dan salinan-salinannya telah ada dalam bahasa Turki,. Hindustan , demikian juga dalam bahasa Jawa, Bugis dan Makasar; tetapi salinan-salinannya dalam bahasa Jawa ada­lah jauh bezanya dengan salinan yang di dalam Bahasa Melayu, yakni Hikayat Bayan Budiman itu.

Naskah yang tertua dari Hikayat Bayan Budiman sepanjang yang diketahui orang ada tersimpan di dalam Bodleian Library, Oxford . Naskah ini tidak lengkap, hanya lembaran-lembaran hikayat itu mengandungi empat belas muka. Daripada maksud kata-kata yang tertulis di­sabelah luar dan dalam pembungkus lembaran-lembaran. yang tersebut itu dapat dijadikan alasan bahawa tarikh lembaran-lembaran itu dapat ke tangan seorang bangsa. Eropah ialah pada kira-kira T.M. 1600.
Sebuah lagi naskah lama Hikayat Bayan Budiman, ada tersimpan di dalam kutub khanah India Office, London­Pada hujungan naskah ini ada menyebutkan bahawa. naskah itu telah disalin pada T.M. 1808 daripada naskah, yang telah "di-riwayatkan" pada tahun Wau, hari Sabtu. 18 Sha'ban, Hijrat u'I-Nabi s.'a.w seribu delapan, yakni bersamaan dengan T.M. 1599.

Bagaimana pun, lembaran-lembaran Hikayat Bayan Budiman mengandungi 14 muka yang telah sampai ketangan seorang bangsa Eropah pada kira-kira T.M. 1600, dan ada tersimpan di dalam Bodleian Library, Oxford itu, haruslah lembaran-lembaran yang telah bercerai-cerai dari sebuah naskah lama, naskah ini haruslah telah diterjemahkan beberapa lama terlebih dahulu daripada naskah yang "di riwayatkan" pada T.M. 1599 itu. Boleh jadi juga naskah lama yang mengandungi lembaran­-lembaran 14 muka itu telah di-terjemahkan atau disalin ke bahasa Melayu pada zaman Kerajaan Melayu Melaka, yakni sebelum T.M. 1511, kerana pada zaman itu harus­lah telah ada dibawa ke Melaka sesebuah naskah asal cerita-cerita bayan itu dalam bahasa Parsi, sama ada naskah Tuti-nameh atau lain, iaitu seperti beberapa buah hasil-hasil sastera Parsi atau 'Arab, seumpama Hikayat Muhammad Ali Hanafiah, Hikayat Amir Hamzah dan se­bagainya, yang telah disadur atau disalin ke bahasa Me­layu oleh penterjemah-penterjemah pada zaman Kerajaan Melayu Melaka itu.

Sumber:




Makanan Khas Indonesia : Tauco 

“Tauco” makanan fermentasi yang sudah tidak asing di telinga kita ini berasal dari Cianjur. Saat itu tahun 1880, Tan Ken Yan untuk pertama kalinya mencetuskan ide pendirian industri tauco. Ide ini didasarkan pada tingginya minat masyarakat terhadap makanan tauco dan tauco sering digunakan masyarakat sebagai penyedap dalam masakan daging, ikan, sayuran, serta sambal . Industri tauco pertama di Cianjur adalah Industri Tauco Cap Meong yang didirikan oleh Tan Ken Yan tahun 1880. Pendirian industri ini didasarkan pada tingginya minat pasar terhadap makanan tauco serta menjaga warisan leluhur.

Selama berdirinya, tauco Cap Meong terkenal akan kelezatan dan kualitasnya. Agar tauco ini tidak punah, Tan Ken Yan mewariskan tata cara pembuatan tauco kepada putrinya Tasma dan suaminya Babah Tasma. Penamaan meong sendiri mulai digunakan tahun 1935. Istilah meong sendiri berasal dari ditemukannya tapak kaki meong yang diyakini sebagai peliharaan Eyang Suryakencana seorang leluhur Cianjur.

Bumbu makanan dari biji kedelai yang telah direbus, kemudian dihaluskan dan diaduk dengan teung terigu, lalu biarkan sampai tumbuh jamur (fermentasi). Fermentasi tauco dengan direndam dengan air garam, kemudian dijemur pada terik matahari selama beberapa minggu sampai keluar aroma yang khas tauco atau rendaman berubah menjadi warna coklat kemerahan. Pada pertengahan prosesnya, rendamannya sering mengeluarkan bau yang menyengat seperti ikan busuk/bau terasi. Dari hasil air rendaman diolah menjadi kecap, sedangkan biji kedelainya menjadi tauco. Contoh tauco yang beredar di daerah Riau berbeda dengan tauco dengan di daerah Jawa dan Kalimantan.
Berkas:Theu-chiong Bangka Douchi.JPG
Tauco Bangka

Tauco Cianjur

Gurih Lembut Tauco Kalimantan
Tauco Kalimantan


Dari pengalaman, tauco dapat disimpan lama sampai bertahun tahun, dan tidak akan rusak atau basi selama penyimpanannya tidak terkena air mentah ataupun terkontaminasi dengan bahan organik lainnya. Sayang, tidak ada penelitian yang lebih terperinci mengenai tauco. Oleh para buruh kasar (khususnya masyarakat Tionghoa) dibeberapa daerah, tauco digunakan sebagai lauk setiap makan terutama saat makan bubur bening. Penggunaannya yang umum adalah sebagai bumbu atau penyedap dalam membuat lauk pauk, misalnya ayam bumbu tauco, nasi goreng tauco, ikan tumis tauco


Sumber:



0 komentar:

Posting Komentar